Polis Anjingkan Media


Dunia media tidak lagi selamat di Malaysia. Sepatutnya media perlu dilindungi dan bukannya dibelasah seperti anjing. Bagaimana media nak berlindung dari polis sedangkan polis sendiri jadi bahan tertawa rakyat akibat kebodohan dalam mendepani keselamatan?

Berikut adalah wartawan yang menjadi mangsa rakus dan kebodohan pihak polis. Di mana lagi media mahu berselindung jika polis ibarat tentera zionis malaysian version?

Wartawan/Jurugambar yang jadi mangsa serangan polis (fakta oleh CIJ). Radzi Razak (theSun) dipukul 7 anggota polis, patah tulang rusuk. Arif Kartono (the Malay Mail) dipukul 6 polis & kameranya dipecahkan. Koh Jun Lin (Malaysiakini) ditangkap & memory card dalam kameranya dirampas polis tanpa dikembalikan. P. Malayandy (Makkal Osai) dipukul 5 polis & kamera dirampas tanpa dikembali. Harry Fawcett (Al Jazeera) kamera dipecahkan. Huang An Jian (Guang Ming Daily) dipukul polis. Kenny Lew (Channel News Asia) dipukul polis. Chen Shaua Fui (Merdeka Review) ditendang selepas menunjukkan kad medianya. Lisa J. Ariffin (Malaysian Insider) cedera terkena kanister. Nota: Polis Malaysia menembak kanister ke arah orang ramai dan bukan ke udara seperti sepatutnya - Zunar Kartunis Fan Club

Comments