Ali Rustam Tidak Dapat Beza Insinerator dan Loji Nuklear



Isu sisa buangan pepejal dalam ekosistem Bandar amat sinonim dengan proses perbandaran dan pemodenan yang pesat. Pertambahan jumlah penduduk selaras dengan perubahan masa dan ruang memberi banyak laluan bagi penjanaan sisa buangan pepejal.

Kelemahan pengurusan dan penjanaan berterusan memerlukan pendekatan bersepadu dilaksanakan. Cadangan pembinaan insinerator sebagai salah satu komponen pengurusan sisa buangan pepejal bersepadu dilihat sebagai alternatif terbaik bagi mengatasi masalah kekurangan kawasan untuk pelupusan secara kambusan (landfill). 

Kajian tentang insinerator sebagai simbol antara tuntutan pembangunan dan pengorbanan alam sekitar dalam isu berkaitan penyelesaian masalah sisa buangan pepejal yang kronik mendapati kesejahteraan alam sekitar perlu dipertahankan walaupun pembangunan (pembinaan insinerator) yang dicadangkan membawa kebaikan kepada kelestarian manusia dan alam.

Dapatan kajian juga mendapati wujudnya satu sindrom yang dikenali sebagai NIMBY (Not In My Back Yard) yang merupakan sindrom global yang sukar dibendung dalam mengatasi masalah yang berkaitan dengan sisa buangan. 

Akhirnya, keperluan  Risk Communication Approach  juga amat penting dalam menangani isu antara tuntutan pembinaan insinerator dan keperluan kesejahteraan alam sekitar bagi memastikan wujud keseimbangan dan persefahaman antara masyarakat ke atas penerimaan insinerator sebagai penyelamat alam sekitar dan menolak peranannya sebagai pembinasa alam sekitar.

Hari ini sidang DUN Melaka membuktikan ketua kerajaan yang diketuai oleh Ali Rustam seakan-akan tidak tahu beza Insinerator dengan projek Lynas di Kuantan. Beliau menyindir ADUN-ADUN DAP bahawa Insinerator ini bukan nuklear.

Apa punya Ketua Menteri? Ali Rustam kena tahu apa itu insinerator seperti yang dijelaskan di atas. Berbeza dengan projek Lynas di Kuantan. Projek Lynas itu memang projek nadir bumi yang membahayakan rakyat dan bersifat radioaktif. Manakala insinerator ini bukan bahan nuklear. 

Ali Rustam, insinerator bukan reaktor nuklear macam projek Lynas. Biar tahu beza antara timun depan dengan timun belakang bab kata ADUN Taboh Naning. 

Comments