Tomato Berwarna Hitam


TEL AVIV: Pakar hortikultur Israel menghasilkan rangkaian kacukan tomato yang merah di dalam dan hitam di luar.

Untuk menghasilkan buah yang dinamakan ‘Black Galaxy itu, mereka mengacukkan tomato dengan pelbagai jenis tomato hutan.

Warna hitam itu datang daripada pigmen yang sama yang didapati dalam beri biru.


Pigmen itu fotosensitif supaya di mana lebih lama tomato itu dibiarkan terdedah kepada matahari di ladang, warnanya akan menjadi lebih pekat.

Syarikat yang menghasilkan tomato spesies baru itu, Technological Seeds, pakar dalam menghasilkan sayur hibrid.

“Selain warna, tomato itu juga mempunyai kelebihan antioksida,” kata seorang petani syarikat berkenaan.

Malah, seorang penyelidiknya berkata, ia mungkin mengandungi lebih banyak khasiat memandangkan pigmen unik itu mempunyai kandungan kepekatan antioksida dan vitamin C yang tinggi yang diketahui boleh meningkatkan sistem imunisasi.

Isi dalam warna merah

Buah ganjil itu adalah kacukan tomato kultur dan hutan. Ia akan dipasarkan di hotel terkemuka kerana warnanya yang unik.

Ada kemungkinan ia boleh diperoleh di pasaran tempatan dalam masa setahun.

Buah tomato ganjil itu akan mula dipamerkan kepada orang ramai minggu depan di Pamerah Pertanian Arava. Ekspo berkenaan juga akan mempamerkan lemon tanpa biji, spesies terbaru strawberi, lemon merah dan lobak pelangi yang berwarna kuning, ungu dan merah jambu. - DM

Comments

UncleTaiko said…
Lemon tanpa biji? Mana bijiknya, orang lain nak biak macam mana? Depa je yang ada lemon macam tu? Lepaih ni kalau nak tanam pokok buah kena beli anak pokok dari Yahudi Laknatullah la. Hang pa terpikiaq tak?
mama said…
macamana uncle taiko boleh terfikir nak kene beli dgn diorang pulak?saya terfikir bila israel dah ada teknologi nak hasilkan benih camtu, sepatutnya negara kita pun kena la buat benda yang sama. jabatan pertanian ke petani2 moden ke, cuba la buat research lebih sikit bagi gempak macam israel-betik pelangi,baru buleh lawan lobak pelangi depa.

tak terfikir langsung di kepala saya sampai nak kena beli anak pokok dari israel.macam negara kita ni teruk sangat pulak.