Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Pasangan Dalam Malaysia 15% Tidak Subur. Betulkah?

Thursday, 6 October 2011

SUBANG JAYA: Masalah ketidaksuburan pasangan berkahwin di Malaysia masih berada di tahap yang tidak begitu kritikal, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurutnya, dianggarkan hanya 10 hingga 15 peratus daripada keseluruhan pasangan di negara ini mengalami masalah itu disebabkan beberapa faktor antaranya kegagalan proses ovulasi, ketidaksuburan lelaki selain kewujudan penyakit lain.

Gambar hiasan

Beliau berkata, perkara itu bukanlah masalah baru di Malaysia malah ia juga dihadapi negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.

“Tahun lalu hanya 450 kes dikendalikan pusat Teknologi Bantuan Persenyawaan (ART) di bawah kementerian dan setakat ini, saya rasa ART sedia ada masih boleh menampung keperluan.

“Bagaimanapun, kerajaan tidak pernah lupa terhadap mereka yang bermasalah kesuburan kerana perkhidmatan bagi masalah ini ada disediakan dengan caj antara RM500 hingga RM5,000,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah dan Ketua Pegawai Eksekutif SunMed, Lau Beng Long.

Liow berkata, usaha SunMed membuka pusat itu dilihat menyokong usaha kerajaan dalam mempromosikan sektor pelancongan perubatan negara selaras inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

“Pihak KKM menyokong penuh usaha sektor swasta dalam membantu memperluaskan lagi cabang perkhidmatan yang ditawarkan industri perubatan di negara ini,” katanya.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat