Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Najib Kata Komunis Dulu Zalim, Komunis Sekarang Kawan Baik UMNO

Monday, 12 September 2011


Bodohnya Perdana Menteri ke-6 kita ini. Apa beza komunis zaman dahulu dengan komunis zaman sekarang. PM yang kita sayangi telah berkata ada perbezaan antara komunis dulu dengan komunis sekarang. Jika dulu sudah ada perbezaan, maka istilahnya sama dengan UMNO dahulu dengan UMNO baru. UMNO dahulu mementingkan rakyat namun UMNO baru mementingkan poket untuk dipenuhi dengan kantung kewangan.

Sebab itulah kita menentang komunis pada zaman itu kerana mereka bertindak kejam di bumi bertuah ini, komunis pada masa dahulu berbeza dengan komunis zaman sekarang kerana komunis zaman dahulu tidak memberi hak kekayaan peribadi kepada rakyat.

Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat. Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka. - Najib

Jadi, apa masalahnya jika ada sokong komunis sebab UMNO sendiri pun suka komunis bak kata Najib itu. Komunis sebuah parti macam UMNO juga. Cuma komunis mempertahankan negara dari penjajah dan UMNO membela penjajah supaya menentang komunis. UMNO sebenarnya pengkhianat negara dan bukannya komunis. Buktinya ialah seperti yang ada di sini.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat