Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Pembaziran Projek di Miri

Monday, 15 August 2011

 
Kita dapati perancangan projek-projek yang dibuat oleh pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) di bandaraya Miri sungguh membazir dan merugikan wang rakyat. Contoh yang jelas sekarang ini banyak pokok-pokok yang ditanam di sepanjang jalanraya  dari Taman Selera Tanjong Lobang ke pusat bandar  Miri di potong dan ini sudah  tentu memakan kos yang tinggi. Walaupun tujuan pemotongan tersebut untuk membina laluan penunggang basikal dan orang ramai tetapi cara pengurusan MBM sangat tidak effective dan membazir wang pembayar cukai.

Mereka sepatutnya merancang dengan teliti sebelum sesuatu projek dijalankan dan mesti dalam jangka masa yang panjang bukan hanya untuk sementara dan sebarangan seperti yang berlaku hari ini. Setiap kali ada pembinaan jalanraya baru atau melebarkan jalan sudah pasti banyak pokok-pokok dan tanaman hiasan ditepi jalan akan di musnahkan dan sudah tentu ini akan memakan kos yang tinggi.

Kita minta agar pihak MBM merancang dengan lebih teliti sebelum sebarang projek dilaksanakan agar tidak merugikan wang rakyat. Antara lain tandas awam yang sepatutnya dibina dalam kawasan taman atau gerai makanan sepatutnya diberi keutamaan untuk keselesaan orang ramai bukannya membina projek yang membazirkan wang rakyat.

Angin Ribut Merosakkan Tempat Peniaga Pasar Malam

Peristiwa yang baru berlaku kerosakan tempat perniagaan pasar malam di pusat Commercial Seberkas Miri akibat angin ribut pada hari ahad yang lalu dimana sebanyak 13 buah kanopi peniaga pasar malam rosak teruk, apa tindakan MBM untuk membantu serta menyelesaikan masalah peniaga-peniaga kecil ini yang mengalami kerosakan tempat perniagaan mereka. Ini semua akibat perancangan yang tidak teliti dan boleh menyebabkan kerugian dan kecelakaan kepada orang ramai. Perkara macam ini yang patut kita semua elakkan kalau kita hendak merancang sesuatu projek. Keselamatan diutamakan.

Kita minta agar pihak MBM lebih telus dan teliti dalam melaksanakan sesuatu  projek yang menggunakan wang pembayar cukai. Diharap pihak MBM memandang serius perkara ini demi untuk kebaikan dan keselamatan rakyat.

Jangan menggunakan wang pembayar cukai dengan sewenang-wenangnya semata untuk memenuhi kepentingan pihak tertentu. Kita mahu melihat Miri sebagai sebuah bandaraya yang terancang dan terindah dalam Malaysia ini.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat