Apabila Menteri UMNO Sudah Gila Babi


Nampak gayanya menteri-menteri UMNO sudah terjerat dengan isu yang dicipta mereka mengenai BERSIH dan bagaikan seperti gila babi tidak tentu arah dengan beberapa kenyataan yang telah dikeluarkan oleh mereka. Ini juga melambangkan mereka sudah tewas begitu dahsyat denga hanya baju kuning dan logo BERSIH.

Yang Di Pertuan Agong telah bertemu dengan wakil BERSIH dan bersetuju dengan BERSIH mahu mengadakan dalam stadium. Namun kuasa Menteri Dalam Negeri lebih tinggi dari Raja yang dianggap ketua negara. Sekarang siapa penderhaka?

Selepas Agong bertitah, menteri UMNO bagaikan terkena sawan babi. Apa tidaknya, Najib benarkan perhimpunan dalam stadium tetapi Polis kata BERSIH tidak cukup kriteria maka si Hishamuddin kata BERSIH itu haram. Selepas ini kena wujudkan menteri halal haram. Tiba-tiba Pak Rais kata kalau nak buat, buat di stadium yang dikuasai pembangkang. 

Tidak ke pening rakyat dengar cakap-cakap munafik menteri UMNO yang banyak bercanggah. 

Menteri Dalam Negeri,
Datuk Seri Hishammuddin Hussein

BERSIH 2.0 masih sebuah pertubuhan haram.

Ia masih lagi diharamkan. Tiada sesiapa mengatasi undang-undang. Hanya bila berjumpa dengan Tuanku tidak bermaksud ia halal.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, 
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Ini kerana Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 bukan sebuah badan yang sah daripada segi undang-undang. 

Oleh itu, permohonan mereka menggunakan stadium di sini seperti Stadium Merdeka, Stadium Negara dan Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dapat dipertimbangkan. 

Mereka menguasai beberapa negeri dan lantaran gerak kerja politik mereka di Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor, pilihlah tempat di negeri-negeri mereka. 

Timbalan Ketua Polis Negara,
Datuk Seri Khalid Abu Bakar 

Setakat ini, tiada permohonan bagi mengadakan perhimpunan di stadium. Saya cadangkan (mereka) memohon permit dengan segera. Kita akan memprosesnya secepat mungkin.

Baju dan apa-apa yang mempunyai logo BERSIH (2.0)... BERSIH (2.0) telah digazetkan sebagai pertubuhan haram. Apa-apa barangan yang berkaitan BERSIH (2.0) dilarang.

 

Comments

opisboi said…
babi2 & toke babi pon dah jadi gila nengok peRANGAI UMNGOK!