Apabila Menteri Penerangan Nyanyuk Bercakap


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berpuas hati dengan liputan berita media tempatan berhubung perhimpunan BERSIH di ibu negara 9 Julai lalu. Mungkinkah beliau berpuas hati seperti dalam gambar di atas? Liputan sebeginikah yang dikehendakinya?

Apa yang sebenarnya berlaku pada 9 Julai lepas adalah masing-masing menjalankan tanggungjawab mereka seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah melaksanakan tugas dengan baik demi menjaga ketenteraman awam. - Rais


Seperti manakah ketenteraman awam dijaga dan dilindungi? Adakah dengan membelasah pendemostran? Apabila sudah nyanyuk, maka keluralah ayat-ayat melindungi dan melepaskan diri dari segala kekotoran yang telah dipalit ke peserta demostran tempoh hari.

Adakah ini liputan yang diperkatakan oleh Rais dan mengatakan bahawa media asing suka menyiarkan keganasan dan mempercayai laporan media asing, adalah perkara biasa kerana mereka lebih suka memberi gambaran yang Malaysia berada dalam keadaan tidak stabil.

Ini perkara biasa kerana mereka lebih percaya kepada sistem sensasi. Pihak-pihak di seberang laut lebih suka memberi satu gambaran kononnya Malaysia berada dalam keadaan yang dikhuatiri kestabilannya di mana sebenarnya tidak. - Rais

Comments