UMNO Seperti Tikus Kencing Berlari

Mulanya menyerang, kemudian menyatakan bahawa UMNO sudahpun melaksana negara kebajikan dan kini bertukar kepada rayuan 'UMNO tetap membuka ruang untuk penyatuan Melayu' dan kad simpati dengan mengatakan ‘UMNO kecewa PAS tolak perpaduan’ dan sebagainya,”.

Istilah UMNO seperti tikus kencing berlari itu sesuai memandang seekor tikus apabila berkejaran sesama mereka, akan terkencing sambil berlari. Itulah rupa UMNO. Cakap seperti biawak lidah bercabang. Sekejap merayu, sekejap menghentam dan macam-macam lagi sifat tikus seperti UMNO ini.

Apabila PAS mengutarakan negara berkebajikan, tak tersangka pula Umno yang mengelupor dengan istilah tersebut, bak kata tok bomoh picit lada hitam pada jari kaki orang masuk hantu. Barangkali memang Umno ini dah lama kena rasuk… Cuma mungkin tak kena cara tiupnya saja.
Kini, kita boleh lihat dengan nyata bahawa Umno benar-benar terasa dengan istilah ‘negara kebajikan’ ini kerana ia memberi ancaman kepada mereka. - Tuan Guru Abdul Hadi

Pimpinan Umno dan medianya telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai pemikiran rakyat terhadap parti Islam tersebut dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan.

Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam.
Kebijaksaan perwakilan membaca keperluan barisan pimpinan bagi mengempur Umno menyebabkan mereka rasa tertekan. Ini dapat dibaca dari luahan kenyataan mereka. - Tuan Ibrahim.

UMNO ibarat tikus apabila diajak berdebat, ibarat biawak apabila berkata-kata kepada rakyat, ibarat anjing tersepit apabila ajak PAS bergabung dan ibarat kubur ternganga untuk talkinkan mereka.

Comments