Thamby Chik Solat Sunat atau Solat Witir Pada Siang Hari?


Akibat mabuk dengan slogan 1Malaysia, pengarah filem seks "Datuk T" dan juga Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik melakukan solat satu rakaat sahaja sebelum upacara sumpah laknat berlangsung di Masjid Amru Al As Bandar Baru Sentul, dua minggu lalu.

Perbuatan bersolat satu rakaat itu membuatkan orang ramai beranggapan Rahim Thamby Chik sebenarnya tidak tahu apa yang dilakukannya tetapi mahu menunjuk-nunjuk. Paling pelik solat satu rakaat dan adakah beliau tidak pernah solat tetapi beriya-iya mahu angkat sumpah.

Pada upacara itu, pelbagai kejadian ‘aneh’ berlaku sepanjang proses Datuk Eskay Abdullah membuat sumpah laknat antaranya Eskay memegang al-Quran terbalik dan lafaz kalimah syahadah kedengaran tidak tepat, malah beliau turut memakai baju kali peluru.

Seorang ustaz itu berkata:
Kebetulan pada hari berkenaan, saya pakai baju Melayu sepasang, saya pakai kopiah putih tapi sebelum saya keluar dari kereta saya tukar songkok hitam.
Nampak songkok tinggi sikit. Boleh masuk geng GST (geng songkok tinggi). Kemudian tak semena-mena kumpulan berkenaan, anggota polis, Pemuda Umno, bagi laluan dia ingat saya imam masjid.

Comments