Taktik Media Alih Isu, Kerajaan Naikkan RON 95?

Media bacul Barisan Nasional sama ada RTM, TV3, Utusan dan berkaitan dengannya sekarang sedang mengalih isu kemarahan rakyat mengenai projek Nadir Bumi, Lynas di Pahang, kenaikan RON 97, Isu Negara Kristian dan terkini kenaikan gula sebanyak 20 sen.

Mereka menggunakan media baculnya dengan "menampal" kemarahan rakyat itu berkaitan kes bicara liwat Anwar Ibrahim, pemansuhan tol di Plaza Tol arah Cheras dan Plaza Tol arah Petaling Jaya, Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (Metramac), kenaikan gaji guru dan terkini memberikan perkhidmatan wifi secara percuma.

Bagi empat kemarahan rakyat seperti dinyatakan di atas, empat juga kaedah yang digunakan untuk menutup mulut rakyat akan kenaikan minyak RON 95 ini. Keepat-empat kemarahan tersebut merupakan majoriti suara rakyat yang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan BN manakala empat yang diampu oleh BN ada suara syok sendiri kerajaan terhadap rakyat.

Kerajaan cuba menutup isu kenaikan harga gula sebanyak 20 sen dengan pemberian wifi secara percuma kepada penduduk sedangkan kos untuk wifi adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kenaikan harga gula walau ia naik sebanyak 20 sen.

Kita cuba buat perbandingan seperti ini. Penggunaan wifi adalah untuk nisbah 1:50 yang bermaksud satu port pusat wifi akan digunakan untuk 50 orang jika dibandingkan dengan pengunaan broadfband persendirian yang mana untuk satu peranti bagi setiap individu.

Kes ini ada kaitan dengan keadaan gula kerana jika mengikut nisbah ialah 1:1 dan ia bermaksud kenaikan harga gula akan dirasakan oleh semua rakyat tetapi penyediaan wifi adalah untuk setiap lokasi yang mana untuk tertentu sahaja yang boleh diakses.

Kerajaan cuba menunjukkan sikap mesra rakyatnya dengan pemberian wifi percuma itu sedangkan rakyat yang menderita tidak pernah mereka risaukan. Dalam medianya sibuk mengampu tentang guru bakal dinaikkan pangkat tetapi bagaimana guru yang ramai di bawah?

Medianya pula tidak pernah menemuramah pengguna tentang kenaikan harga gula, projek pembinaan Nadir Bumi-Lynas, isu negara Kristian dan kenaikkan minyak RON 97 tetapi medianya sibuk mengampu kerajaan tentang kenaikan pangkat guru, perkampungan wifi, pemansuhan tol dan kes liwat.

Dibakar

Seorang menteri berkata bahawa rakyat Sarawak menerima kerajaan yang diperintah oleh BN tetapi semalam ada gambar menunjukkan kaum Bidayuh membakar jentera berat menujukkan ketidakpuasan terhadap BN.

Hanya menteri dari BN sahaja yang syok sendiri dengan penerimaan rakyat Sarawak kepada mereka tetapi rakyat di Sarawak begitu terseksa di bawah pemerintahan BN. Semalam juga isu Ladang Rakyat media bacul BN berpakat bahawa ada pemuda dan puteri UMNO berdemonstrasi seramai 1000 orang sedangkan yang datang hanyalah 200 orang.



Demonstrasi 200 orang

Pelarasan dari 200 orang kepada 1000 orang adalah untuk menunjukkan kepada negara bahawa mereka adalah pembela rakyat dan ada yang mendapat bayaran RM200 untuk mengadakan demonstrasi tersebut dan kemudian bersurai setelah mendapat imbuhan tersebut.

Mereka juga membawa sepanduk "Ladang Untuk Rakyat". sedangkan kerajaan Kelantan secara terang-terangan menjalankan projek Ladanag Rakyat tetapi slogan "Ladang Untuk Rakyat" yang dibawa mereka itu merujuk kepada "rakyat" mana. Pemimpin BN ke?

Bukan itu sahaja, isu cuba "kahwinkan" PAS semula setelah BN "menceraikan" pada era 70-an itu juga seakan-akan UMNO/BN telah gila talak sebenarnya. Mungkin juga mereka seakan-akan gila meroyan dengan tindakan bacul mereka itu. Hanya kita yang sedar kena bangkit dari tidur yang lena.

Comments

taktik generasi baru mesti bijak







Politik BN Politik Setan - Undi BN Undi HARAM. Adik2 wajib sebarkan kpd mak ayah dan kawan2. Sayang adik :-)
>>>http://Blog1Malaysia.blogspot.com/<<<