Selepas 1Malaysia, Terkini 1ASEAN

Semua ini datang dari Perdana Menteri APCO. Selepas ada 1Malaysia, Najib mahukan idea 1Asean pula dijadikan sebagai gagasan untuk mengukuhkan jati diri penduduknya. Berikut adalah kata-kata Najib menyuntik idea mewujudkan 1ASEAN

NAJIB bersama dari kiri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan Presiden Filipina, Benigno Aquino pada sesi bergambar sebelum sidang BIMP-EAGA sempena Sidang Kemuncak ASEAN di Jakarta

1ASEAN boleh melahirkan semangat kesedaran ASEAN yang lebih tinggi di kalangan penduduknya, seperti gagasan 1Malaysia. - Najib
Mengapa bodoh sangat. Selama ini rakyat tidak pernah ada jati diri ke? 1Malaysia yang dicanangnya juga hampir relai dimamah Utusan Penyebar Fitnah Rakyat. Kononnya dengan 1ASEAN, dapat memperkenalkan diri kepada dunia Eropah.

Inilah pemimpin yang otak sempit. Selesaikan dahulu masalah dalam negara sebelum menubuhkan 1ASEAN. Politik negara pun huru-hara, inikan mahu megajar negara-negara ASEAN mengenai jati diri.

Comments