Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Nenek 80 Tahun dirogol

Thursday, 12 May 2011


NIBONG TEBAL: Tempoh beberapa minit yang dilalui seorang nenek berusia 80 tahun mewujudkan trauma berpanjangan apabila dia bukan saja dirompak dan dipukul, malah dirogol seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya berhampiran ladang sawit dekat sini, dalam kejadian malam Isnin lalu.

Ketika kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa seorang diri di rumahnya sementara anak lelakinya keluar sebelum seorang lelaki yang menutup muka dengan kain memecah masuk rumahnya dan menggugut mangsa menggunakan pisau. 

Menurut sumber, suspek menyelongkar rumah berkenaan sebelum mangsa berusaha melarikan diri dan mendapatkan bantuan. 

“Bagaimanapun, mangsa tidak berjaya melarikan diri, sebaliknya ditangkap suspek. Mangsa dipukul hingga mukanya cedera sebelum suspek bertindak merogolnya,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas merogol nenek berkenaan, suspek melarikan diri dengan mengambil seutas jam tangan dan telefon bimbit.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat