Gambar: UMNO Ikut Ajaran Islam Selengkapnya. Ini Buktinya.

 Ala Mak Datin gitu

Pada mulanya aku ingat mereka mahu pergi tempat program dengan gaya ala-ala Mak Datin gitu. Tetapi aku fikir juga, mungkin mereka mahu pergi kenduri makan-makan dan kita sedia maklum UMNO ni suka buat makan-makan untuk menyejukkan hati orang Melayu.

Tapi sangkaanku itu jauh meleset dan sasaran aku tadi hanyalah mimpi di siang hari. Mereka sebenarnya mahu pergi kelas agama untuk mempelajari ilmu berkaitan kematian dan cara-cara menghadapinya ketika di dalam kubur.

 Van jenazah dah dekat tu. Tak takut mati ke?

Terkejut bila melihat wanita itu berjalan ke arah van jenazah. Aku fikir wanita itu mahu meminjam van jenzah itu untuk ronda-ronda kawasan kampung untuk melihat orang Melayu UMNO tengah buat apa disiang hari. 

Aku sangka mereka mahu pergi menuntut ilmu mengenai kematian dan maklumlah masih jahil tentang agama Islam. Cuma Pak Menteri sahaja yang bercakap Malaysia sebuah Negara Islam tetapi rakyat seperti dalam gambar itu tidak pasti Islam mana yang dianutinya.

Barangkali Islam Hadhari atau Islam Barisan Nasional seperti yang diperkatakan oleh Muhyiddin Yassin seperti dalam posting aku sebelum ini. Mau baca posting berkaitan ini ke? Kamu boleh sahaja singgah untuk baca berkaitan Islam Barisan Nasional. [klik]

Tetapi pemimpin UMNO itu kata bukan setakat Islam Barisan Nasional tetapi Islam ini ada banyak versi. Pulak dah. Patut la wanita-wanita itu seperti kejahilan ilmu agama rupa-rupanya Islam UMNO ini banyak rupanya. Mau baca artikel mengenai Islam banyak versi? Cuba baca kat sini. [klik]


Oh! Baru ku tahu mereka mahu pergi kubur. Buat apa pergi sana? Minta nombor ekor ke? Mereka ke tanah perkuburan Batu 13 di Hulu Langat untuk menempah lubang kubur sebelum tanah perkuburan itu penuh. Kau faham-faham la mana mereka mau pergi tu. 

Ala yang berlaku sehari dua kat Hulu Langat tu. Tidak senonoh betul. Nak pergi melawat tanah perkuburan biarlah sopan. Macam mahu pergi buat culaan. Mana Islam yang UMNO julang tu?

Comments