FAM ditegur Oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek


LAMPU hijau bagi penggunaan Stadium Nasional, Bukit Jalil sudah diperoleh, namun persoalan pihak mana yang perlu menanggung kos penalti akibat penangguhan kerja membaiki trek masih belum dipastikan, apa lagi dengan sikap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang seolah-olah ‘lepas tangan’ dalam soal itu.

Bukan sedikit perlu ditanggung. Kos penalti berjumlah RM500,000 dan FAM yang memohon menggunakan stadium itu berkata kos dikenakan tiada kaitan dengan badan induk itu, sebaliknya perlu diselesaikan antara Perbadanan Stadium Malaysia dengan kontraktor terbabit.
Perkara itu akan dibincangkan semula memandangkan kerja pembaikan di stadium itu ditangguhkan semata-mata memberi laluan kepada FAM.
Kita akan runding lagi dengan semua pihak yang terbabit sebab kita tidak mahu membebankan duit rakyat. Kalau FAM nak tampung kos itu, ia adalah satu perkara yang wajar. - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Sebelum ini, FAM meminta Stadium Nasional digunakan bagi perlawanan persahabatan antarabangsa skuad negara menentang tiga kelab Inggeris - Chelsea, Liverpool dan Arsenal, perlawanan kelayakan Piala Dunia serta final Piala FA yang akan berlangsung pada Jun dan Julai ini.

Ahmad Shabery juga mengingatkan FAM supaya memberi jadual program mereka lebih awal pada masa hadapan supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi memandangkan kerja membaik pulih trek di stadium itu sudah ditangguhkan beberapa kali.

Comments