Bekas Kekasih ditetak

Gambar hiasan

KODIANG: Akibat geram dengan tindakan jirannya yang dikatakan kerap menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan mengganggu isterinya, seorang lelaki menetak jirannya dengan sebilah parang di hadapan rumahnya, kelmarin sebelum menyerah diri ke balai polis.

Suspek berusia 40-an itu dikatakan berang apabila mengetahui mangsa dikatakan masih mempunyai hubungan dengan isterinya yang berusia 30-an, sebelum dia bertindak menahan kereta mangsa jam 7.30 pagi kelmarin tidak jauh dari rumah mangsa di Kampung Hutan Palas. 

Sebaik mangsa turun dari keretanya suspek mengekori dan menyerang mangsa ke arah dengan menetaknya di kepala tetapi terkena siku ketika mangsa menepis libasan parang itu. 

Akibat daripada itu, tangan mangsa hampir terputus ditetak dengan parang menyebabkan bahagian tangannya berlumuran darah.

Mangsa yang ketika itu cuba berlari mendapatkan pertolongan penduduk kampung ditetak sekali lagi di bahagian bahu menyebabkan dia cuba melawan suspek dan mengilas tangannya untuk mengelakkan dia terus menetak.

Comments