Tiba-tiba SPRM Ajak Berdemonstrasi


Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengajak dan menyeru untuk berdemonstrasi pada bulan Julai ini. Perhimpunan tersebut dijangka akan dihadiri oleh 10,000 orang adalah kemuncak program selepas kematian Ahmad Sarbaini, Pegawai Kastam yang terjatuh dari tingkat 3.

Perhimpunan ini adalah anjuran Pertubuhan Pendidikan Pencegahan Rasuah Malaysia yang akan diadakan di seluruh negara pada hujung bulan ini. Perhimpunan ini didalangi oleh presiden pertubuhan tersebut, Datuk Shahrul Nizam Yunus.

Apakah demo tersebut untuk menutup kesalahan yang dilakukan oleh SPRM atau SPRM mahukan sokongan rakyat tentang institusi tersebut. Presidennya berkata "..sebagai gelombang sokongan kepada SPRM untuk terus menjalankan tanggungjawab tanpa takut dan tunduk kepada mana-mana pihak"

Terbukti SPRM sebelum ini sudah gelabah ekoran kematian dua individu yang tidak berdosa iaitu Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini. Siapakah mangsa seterusnya untuk SPRM jadikan mangsa ragut jatuh bangunan?


Tanda oleh kijang59 - Hakcipta kijang59

Comments

bravo zulu said…
Kita tunggu seorang lagi bangsa india
jatuh bangunan SPRM barulah sempurna
slogan 1Malaysia!
Pi siasat lapuranx yang dibuat
terhadap jerungx dan ambil tindakan
yang sepatutnya, barulah kredibiliti
SPRM tak tergugat(pulih).Ada berani
ka??!!!