Gambar: Sekolah di Pedalaman Sarawak




Menceritakan sekolah di pedalaman Sarawak, mengimbas kembali nostagia ketika sekolah di alam tahun 1980-an. Sekolah di pedalaman yang terletak di Sebuyau menceritakan bahawa sekolah tersebut jauh sekali untuk mencium satu pembangunan seperti sekolah-sekolah yang lain.

Adakah mungkin kerana sekolah tersebut terletak nun jauh di pedalaman atau mungkin disebabkan kerajaan tidak tahu wujudnya sebuah sekolah di pedalaman Sebuyau itu. Melihat kepada struktur sekolah tersebut bolehlah diklasifikasikan sebagai bagunan bersejerah dan sudah tiba masa untuk diarkibkan.

Mengapa pihak kerajaan yang selama ini memamparkan dalam televisyen bahawa peruntukkan untuk pendidikan adalah lebih diutamakan tetapi sebaliknya berlaku untuk pendidikan di negeri Sarawak. Adakah rakyat Sarawak tidak layak untuk mengecapi pembaharuan dari segi pendidikan?

Sebelum ini juga ada pemimpin dari BN mengatakan bahawa pembangkang adalah hantu dan jembalang dan tidak layak untuk datang ke Sarawak membuat perubahan. Rupanya mereka menyembunyikan sesuatu kepada rakyat yang tidak mengetahui keadaan sebenar yang berlaku di Sarawak.

Segala-galanya sudah terbukti atas nama pembangunan di Sarawak. Sebelum ini kita lihat bagaimana rumah, pengangkutan awam, kemudahan utiliti dan sekolah yang berada di Sarawak sangat teruk di bawah kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh bekas Ketua Menteri, Taib Mahmud yang memerintah 30 tahun di Sarawak.

Comments

kamsani said…
Assalam. Cuba saudara pergi ke kawasan berdekatan sempadan Indonesia seperti Kg Bugu, Bugu Mawang dan serikin. Akan saudara dapati sekolah rendahnya masih berlantaikan tanah dan atap rembia atau zing. Misalanya SK Kg Bugu. lihatlah