Dulu Saman Ekor, Sekarang Saman Bergambar


KUALA LUMPUR 28 April — Mulai 1 Mei ini, Polis Diraja Malaysia akan menghantar notis saman beserta gambar mana-mana kenderaan yang didapati telah melanggar undang-undang jalan raya di kawasan yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menggunakan kaedah itu bagi mengemas kini cara saman dikeluarkan supaya lebih tepat dan berkesan.

"Kalau ada yang dakwa itu bukan kenderaan mereka (walaupun selepas notis saman beserta gambar dihantar), sila kemukakan bukti di mana-mana kaunter trafik,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini hari ini.

Katanya, kaedah itu akan diguna pakai bagi kesemua kesalahan termasuk memandu melebihi had laju, tidak memakai tali pinggang keledar, membuat pusingan di kawasan yang tidak dibenarkan dan sebagainya.

Kaedah itu digunakan sebagai ‘bahan bukti’ bagi menunjukkan seseorang itu telah melanggar undang-undang jalan raya, katanya.

Tambah Khalid, bagi kawasan yang tidak mempunyai CCTV, saman akan tetap dikeluarkan secara normal oleh anggota dan pegawai trafik.

P/s: Sebelum ni saman ekor, lepas ni saman bergambar. Nampak sangat mahu kejar wang semata-mata.

Comments