Belasah Mentua

Belasah mentua 
KUALA LUMPUR: Menantu durjana. Itulah ungkapan layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 29 tahun apabila sanggup menampar, menendang dan memijak kepala ibu mentuanya di rumah mereka di Desa Rejang, Setapak gara-gara mangsa bersetuju menerima sofa yang mahu diberikan adik iparnya, semalam.

Lebih kejam, lelaki terbabit meludah muka ibu mentuanya berusia 59 tahun ketika memijak kepala mangsa.

Ketika kejadian, wanita terbabit baru selesai mengambil wuduk bagi menunaikan solat Subuh.

Difahamkan, suspek mendakwa tindakan ibu mentuanya bersetuju menerima sofa berkenaan sebagai menyindirnya sebelum bertindak membelasah wanita itu hampir 20 minit.

Malah, kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku, sebaliknya mangsa mendakwa sering dipukul suspek sejak enam bulan lalu terutama ketika ketiadaan dua anak kandungnya termasuk isteri suspek di kediaman berkenaan.

Tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak.

Comments