Patutlah Zul Nordin, Ummi Hafilda Beriya-iya Sangat

Berus gigi

Tuala good morning

Botol mineral kaktus

Usaha pihak pendakwa memasukkan tuala kecil `Good Morning’, berus gigi dan botol minuman plastik jenama Cactus serta hasil analisis asid deoksiribonukleik (DNA) sebagai bukti rasmi dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terbantut.

Ia adalah ekoran hari ini peguam bela utama, Karpal Singh mengemukakan permohonan semakan terhadap keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah, semalam.

Karpal menuntut agar permohonan semakan itu didengar terlebih dahulu sebelum Ahli Kimia, Nor Aidora Saedon dan Pakar Forensik, Amidon Anan dipanggil untuk mengemukakan barang-barang tersebut secara rasmi.

Semalam, hakim yang sama memutuskan bahawa barang-barang dan hasil ujian DNA yang dipertikai sebelum ini diterima masuk sebagai bukti.

p/s: Patutlah Zulkifli Nordin dengan Ummi Hafilda beriya-iya sangat meminta Anwar serah DNA. Rupanya DNA itu mahu disapu pada tuala goog morning, berus gigi dan botol mineral kaktus. Rupa-rupanya ketiga-ketiga barang itu baru ditambah dalam skrip maka tiada DNA lagi. Jadi, untuk menjadikan DNA itu benar-bnar wujud, maka disuruh Anwar serah DNA. 

Kita minta Zulkifli Nordin dengan Ummi Hafilda sapu DNA masing-masing pada botol, berus gigi dan tuala itu. Nanti kita boleh rekasatu cerita lagi selepas ini dengan tajuk "Botolku Kita Kongsi Tualamu"

Comments