Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Kenapa Tiada Model Nokia C4 Dalam Pasaran Malaysia?

Thursday, 10 March 2011

Nokia C1

Nokia C2


Nokia C3

Bom C4

Nokia C5

Nokia C6

Nokia C7

Di Malaysia, sudah banyak model telefon jenama telah keluar di pasaran. Pelbagai model dan jenama termasuklah Nokia, Sony Ericson, dan banyak lagi sehinggakan tiap-tiap bulan ada sahaja model baru yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar.

Kita fokus kepada telefon yang berjenama Nokia. Nokia merupakan satu jenama yang berada di dalm kelasnya tersendiri dengan moto "Connecting People". Ciri-ciri aplikasi pada telefon berjenama Nokia ini sesuai untuk semua golongan dari kecil sehingga dewasa.

Bukanlah untuk dipromosi supaya membeli telefon berjenama Nokia ini. Pengguna berhak memilih telefon bimbit yang mereka suka dan mereka minati. Cuma di sini kita cuba "explore" akan keluaran model telefon Nokia dari siri C1, C2, C3, C5, C6 dan yang paling terkini adalah model C7.

Dipasaran juga aku meninjau mencari telefon Nokia siri C juga tetapi bukan siri C seperti yang disenaraikan di atas tetapi Nokia siri C4. Merata-rata dan aku ronda tidak ditemui model Nokia siri C4 ini. Adakah Nokia siri C4 ini tidak akan diwujudkan atau dijual di Malaysia?

Bermula dari Nokia siri C1, C2, C3, C5, C6 dan C7, ada satu langkauan siri antar C3 dan C5. Di manakah model Nokia C4? Adakah pihak pengeluar Nokia sengaja tidak mengeluarkan model C4 memandangkan C4 merupakan "alphanumerical" sensitif di Malaysia.

Kemungkinan juga C4 ini telah dibeli untuk di daftarkan atas nama sejenis bahan letupan yang telah digunakan untuk meletupkan badan wanita Mongolia. Semua itu masih lagi dalam perancangan pihak Nokia untuk mengeluarkan model Nokia siri C4.

Sama-sama kita tunggu kehadiran model Nokia C4 ini. Bagaimanakah rupa telefon ini? Adakah seperti dengan bahan letupan C4 atau sama seperti telefon Nokia siri C yang lain dan perbezaannya boleh letupkan manusia.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat