Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Kantoi Video, Kes Fitnah Dihidupkan Semula

Thursday, 24 March 2011


Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menerima hakikat nasib tidak menyebelahinya apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam memutuskan untuk menerima tiga barang kes sebagai bukti dalam perbicaraan kes liwat membabitkan dirinya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menerima tiga barang tersebut iaitu sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol air mineral kosong jenama ‘Cactus’ selepas mendapati penahanan Anwar pada 16 Julai 2008 adalah sah dan mengikut undang-undang.

Mahkamah Malaysia memangdah jadi hiruk-pikuk dengan undang-undang kartunnya. Sebelum kes ini hampir dimenangi oleh Anwar kerana pihak lawan tahu bahawa mereka tidak boleh bertahan dengan kes fitnah ini maka video seks menjadi "backup".

Setelah video seks kantoi dan tidak sampai seminggu selepas pendedahan, maka Datuk T (UMNO, Perkasa dan Ahli Perniagaan) telah membuat kenyataan media kecuali wakil Perkasa. Belum sempat video itu tersebar, kedengaran dari mahkamah bahawa bahan bukti yang sebelum ini tidak boleh diterima sebagai kes tiba-tiba bertukar boleh diterima.

Macam cerita kartun Flintone zaman batu Mahkamah Malaysia hari ini. Macam Chipmore pun ada. Sekejap ada sekejap tidak ada. Tahniah kepada sistem perundangan Malaysia. Teringat cerita hindin lakonan Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla.

Filem itu sama seperti apa yang berlaku di Malaysia dan sebab itulah filem ini tidak lulus tayangan di Malaysia. Filem tersebut ialah Phir Bhi Dil Hai Hindustani. Kita flashback dengar lagu ini.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat