Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Ali Rustam, Kami Tidak Mahu Litar Go-Kart - Mat Motor

Saturday, 12 March 2011



Kami sempat sembang dengan beberapa mat motor yang tersadai di sebuah stesen minyak di Semabok. Dalam pertemuan itu, kami sempat bertanyakan beberapa soalan kepada mat rempit yang bernama Mat Jen sebelum dia meneruskan aksi gilanya itu.

Salah satu soalan yang kami ajukan ialah mengenai litar lumba. Mat Jen berasa amat kecewa dengan sikap Ketua Menteri Melaka yang tidak memahami hati muda mat motor dan sanggup membina litar Go-Kart sedangkan ramai anak muda mahukan sebauh litar lumba motosikal.

Soalan lain sempat kami tanya adalah mengenai kempen PRK Merlimau. Mereka sebenarnya tidak suka akan politik tetapi telah dibayar oleh BN antara RM250-RM300 untuk membuat provokasi di kawasan Pakatan Rakyat.

Rempit merupakan gejala yang kurang sihat kerana boleh mengundang bahaya kepada diri pelumba dan juga orang yang berada dipersekitaran. Bukan itu sahaja, ia juga boleh mengundang maut jika gejala ini terus berleluasa.

Malam tadi sekitar jam 1.30 pagi, aksi-aksi mat motor dapat dipertontonkan bagaikan tiada pengawasan dari pihak polis. Mereka bermaharajalela ke sana ke mari tanpa bimbang akan pihak polis. Aksi mereka ini bagaimanapun terhenti seketika apa bila sebuah peronda polis datang.

Namun mereka tidak sedikit pun gentar atau untuk beredar dari lokasi perlumabaan itu. Lokasi perlumbaan itu adalah dari Melaka Sentral hingga ke Simpang Tiga lampu isyarat Semabok. Mereka bagaikan menggila di jalan raya seperti telah dirasuk syaitan.

Jika mat motor ini gagal dibanteras oleh pihak polis, maka mereka lebih berkuasa. Mengapa beratus-ratus mat  rempit bermaharajalela hanya dipantau oleh peronda polis yang hanya ada 3 orang sahaja? Cukupkah dengan angka itu untuk membuat penangkapan?

Tetapi dalam arena politik, pihak polis lebih agresif dalam bertindak untuk penyokong Pakatan Rakyat. Berpuluh kereta dihantar termasuk dengan trak "Water Canon" sedangkan tiada sesuatu yang merbahaya jika dibandingkan dengan mat motor ini.

Mereka lebih cenderung untuk terlibat politik berbanding dengan keadaan jenayah yang semakin berleluasa. Ketua Menteri pula sibuk dengan pembangunan tetapi lupa dengan gejala merempit ini. Syok sendiri membina litar Go-Kart yang tiada pengunjung berbanding dengan perlumbaan motor ini.

Sepatutnya kerajaan Melaka membina litar lumba untuk perlumbaan motosikal bukannya litar Go-Kart yang belum tentu mengaut keuntungan dan bukan semua mat motor mahu terlibat perlumbaan Go-Kart ini

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat