UMNO Semakin Tersepit Dengan UiTM


UMNO semakin terhimpit, tersepit dan terkepit dengan masalah mengenai kampusnya iaitu Universiti Teknologi Melayu (UiTM). Keadaan tersebut seperti UMNO duduk dalam keadaaan genting dan hampir hancur sama sekali dan adakah aset merka itu akan menjadi bahan ketawa orang ramai.

Ketika di Jasin, Presiden UMNO Najib Razak melahirkan rasa kecewa dengan tindakan kerajaan Selangor yang ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat kerana menolak pembinaan kampus UiTM di Serendah, Hulu Selangor pada tahun 2009.

Kemarahan Najib itu menyebabkan beliau semakin terdesak sehinggakan terpaksa membuka kampus yang sepatutnya beroperasi di Selangor dipindahkan ke Melaka di Jasin. Kampus yang akan dibuka itu terletak di Sri Mendapat, Jasin yang terletak dalam ladang kelapa sawit.

Sebelum ini Najib kecewa dengan alumni UiTM yang tidak menyokong kerajaan dan hari ini menyalahkan kerajaan Selangor kerana menolak pembinaan kampus UiTM di Serendah, Hulu Selangor itu. Kampus yang bakal siap di Melaka itu menelan kos belanja RM297 juta dan kemungkinan lebih dengan seluas 85.3 hektar.

Kursus yang akan ditawarkan di kampus itu apabila siap ialah Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Pengurusan Ladang dan juga Fakulti Sains Komputer dan Matematik.

Comments