Siapa Biadap Polis atau Pendemostran?




Polis telah menggunakan kekerasan melampau dalam melakukan tindakan menyuraikan peserta demonstran. Ada yang disembur, dibelasah dan diludah sedangkan semua peserta sudah beredar selepas berjaya menyerahkan memorandum di kedutaan AS.

Polis seakan-akan mahu bermusuh dengan peserta demonstrasi. Jika benar peserta itu merusuh mengapa ia berlaku ketika peserta ingin bersurai. Provokasi ini berlaku apabila barisan paling belakang telah diprovokasi oleh pihak polis.

Ada yang cuba mempertahankan diri turut disumbat dalam trak polis atas sebab bertindak ganas terhadap polis termasuklah seorang peguam hampir ditangkap kerana mempertahankan anak guamnya yang ditangkap polis tanpa punca.

Comments

Kharis Saleh said…
Punca utama adalah polis dgn sengaja menghalang laluan ketika kami bersurai... ruang jalan yg luas bila dihalang dah tentulah sempit... org ramai... ruang sempit.. jadi ada yg terlanggar bahu dgn polis... rupanya polis2 ni pantang disentuh... terus mengamuk mcm org gila... pastu kecohlah jadinya...
Muslimah Marsi said…
astaghfirullahal'azim....sedih dengan apa yang berlaku. sangat mahu menyertai demo ini, namun tidak berkesempatan. tetapi, jika dilihat dengan jelas.bagi yang diberi nikmat melihat mahupun tidak, tujuan demontrasi ini adalah untuk menunjukkan ketidakpuashatian terhadap rejim mubarak. adakah orang yang memusuhi demontrasi ini menyokong rejim mubarak????? mengapa tidak mereka (polis-polis & FRU) menyertai sekali demo ini???