Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Merlimau: Tiang Lampu Dalam Kedai Makan

Sunday, 13 February 2011




Perhatikan betul-betul gambar di atas. Tiang lampu di luar atau dalam premis kedai? Nampak sangat UMNO/BN suka ambil tanah sehinggakan tanah untuk pacak tiang lampu Tenaga Nasional Berhad terpaksa dikongsi oleh pemilik kedai makan tersebut.

Tiang lampu itu bukan tiang yang tidak digunakan sebaliknya tiang utama jalan masuk ke kawasan rumah di Pekan Merlimau. Bukan di kawasan kampung tau pun felda tiang lampu ini. Situasi ini terletak betul-betul dengan kawasan Pekan Merlimau.

Keadaan ini juga mengundang bahaya kepada pemilik kedai terbabit sekiranya tiang itu tumbang memandangkan tiang tersebut terletak di dalam kedai terbabit. Salah siapakah keadaan ini berlaku? Salah pemilik kedai yang mengambil tanah untuk tiang lampu atau salah Tenaga Nasional Berhad yang mengambil tanah pemilik kedai.

UMNO/BN diharapkan jagan terlalu mengejar projek pembangunan jalan raya sahaja tetapi perlu bertindak pantas dalam menangani isu seperti yang dialami oleh pemilik kedai makan tersebut. Jangan tunggu kejadian tidak diigini baru hendak bertindak. Sesal dahulu hutang rakyat, sesal kemudian kamu kene guling.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat