Beginilah Rupa Perpustakaan Awam Merlimau

 Dinding perpustakaan bagaikan lama tidak digunakan

 Tidak melambangkan perpustakaan tetapi seperti balai raya

Perpustakaan Milik Kerajaan Melaka

Perpustakaan awam ini terletak dalam kawasan DUN Merlimau seperti sudah lama ditinggalkan. Gambar ini menunjukkan kemajuan di Melaka tidak menyeluruh seperti yang dilaungkan oleh Ali Rustam bahawa Melaka Maju 2010. Mungkin kemajuan ini yang dikatakan oleh seorang Ketua Menteri?

Begini rupa penipuan dari UMNO/BN sehinggakan rakyat dibutakan mata dan dipekakkan telinga dengan pembangunan yang menyebabkan pengiktirafan dari Ali Rustam dipertikaikan. Sememangnya patut dipertikaikan kerana kemajuan itu tidak mencapai piawaian sebuah negeri maju sebaliknya boleh dianggap negeri mundur.

Kemajuan sesebuah negeri mestilah menckupi aspek keseluruhan dan bukannya kemajuan yang hanya setempat seperti di Banda Hilir. Kemajuan yang macam mana Ali Rustam boleh iktiraf sehinggakan Malaysia maju pun 2020 dan itupun tidak bankrap seperti yang diberitahu oleh Idris Jalal tempoh hari.

Benarkah Melaka Maju 2010? Mengapa sehingga hari ada produk telah disita oleh pihak berwajib dan sebagai contohnya Litar Go-Kart, Eye On Malaysia dan yang paling ditunggu rakyat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka yang sehingga hai ini hanya ada kapal terbang nyamuk (pelatih Malaysian Flying Academy) yang menggunakan penerbangan tersebut.

Comments

SyaCha Abdullah said…
ni bukan perpustakaan besar...yang ni memang dah lama terbengkalai...cube p snap gambar library besar nun..jauh lebih indah daripada yang neh!