Ali Rustam Mahu Debat Sarkas?

 
Ali jangan risau, gua support lu...

Ali Rustam yang juga Ketua Menteri Melaka ingin mencabar Pakatan Rakyat untuk berdebat dalam pelbagai isu berkaitan negeri Melaka kerana menganggap bahawa Pakatan Rakyat sering melontarkan perkara negatif mengenai Melaka. 

Paling bodoh mengenai debat sarkas Ali Rustam ialah mahu berdebat bersebelahan dengan Pakatan Rakyat seperti pernah dibuat oleh UMNO/BN di Bukit Katil. Kebodohan Ali Rustam sama seperti badut-badut dalam sarkas. Ali Rustam merupakan pemimpin UMNO Melayu paling dayus kerana takut berdebat dipentas yang sama sebaliknya mahu bersebelahan sahaja.

Ini ialah kenyataan ketua badut sarkas Melaka yang dikatakan memperjuangkan Melayu-:

Pembangkang, ok la macam ni pembangunan

“Lebih baik jika program itu dilakukan dalam satu kawasan, bukan di pentas sama. Cuma saya di sebelah kiri, manakala dia (pembangkang) di sebelah kanan dan setiap kali dia bertanya, saya akan menjawab masa itu juga.

Tidak kisah siapa akan berada di pentas sebelah kanan, sama ada Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Lim Guang Eng atau Lim Kit Siang. Semua saya sanggup berdepan untuk menjawab sebarang isu dibangkitkan mereka mengenai Melaka”.

Kita akan pastikan siapakah akan jadi badut dalam menyampaikan ceramah ini. Kalau betul-betul mahu jadi anak jantan Melayu Melaka Tulin, sahutlah seruan debat ditempat terbuka di bawah satu pentas yang sama.

Comments