Video: UMNO Takut Dengan Apa Sebenarnya?


Apakah perjuangan PAS dan UMNO? Kalau UMNO dengan slogan "Melayu Memartabatkan Islam" manakala PAS dengan slogan "Islam Memartabatkan Melayu" maka inilah puncanya melayu ada dua golongan. Golongan Melayu yang mementingkan bangsa yang dibawa oleh UMNO manakala Islam yang dibawa oleh PAS adalah untuk semua bangsa.

Sebab itu UMNO takut untuk melaksanakan hukum Islam sebab itu mereka berkawan dengan MCA dan MIC dalam memperjuangakan bangsa tetapi tidak bagi PAS yang bersama DAP yang PKR yang menjadikan Islam sabagai acuan yang telah termaktub dalam perlembagaan bahawa Islam adalah agama persekutuan.

UMNO sangat benci dengan DAP tetapi tidak dengan MCA. Padahal kedua-dua parti tersebut adalah majoriti kaum Cina. Apakah sebabnya UMNO tidak suka sangat dengan DAP? Sebab utama mereka tidak suka kerana DAP telah mengambil alih Pulau Pinang di bawah pemerintahan BN. Sedangkan sebelum tahun 2008, yang memerintah Pulau Pinang adalah Gerakan.

Adakah GERAKAN pada tahun sebelum 2008 adalah sebuah parti bukan kaum Cina? Adakah selepas tahun 2008, GERAKAN telah memeluk parti dari parti Cina kepada parti Melayu? Itulah sebab utama UMNO sangat cemburu apabila Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DAP di Pulau Pinang.

Comments