Najib Dihalau Di Batu Cave

Tadi ketika melalui jalan-jalan di sekitar Gombak terutamanya di Batu Cave dipenuhi dengan ramai manusia yang berpusu-pusu untuk menyambut perayaan Thaipusam. Ketika berlangsungnya acara tersebut dari pagi hingga ke petang, keadaan jalan raya begitu sesak sekali sehinggakan kesesakan hampir 5 kilometer dari Batu Cave.

Ketika perayaan disambut, kedengaran ada manusia telah dihalau dari kawasan tersebut. Siapakah manusia yang telah dihalau dari melintasi kawasan tersebut? Manusia tersebut adalah Perdana Menteri sekarang yang mana telah dihalau dari menjejaki kawasan tersebut.

Hanya tinggal patungnya sahaja yang terpacak di sana. Keadaan itu menyebabkan kesesakan yang begitu teruk sekali.

Comments