Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Filem Paling Jahil

Sunday, 9 January 2011

Filem sains fiksyen terbitan Hollywood, 2012 dinamakan sebagai filem yang mempunyai paling banyak kesalahan fakta sains oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa). 

Filem arahan pengarah, Roland Emmerich itu yang ditayangkan pada 2009 dipilih sebagai filem 'paling jahil dan penuh kecacatan dari segi sains' dalam satu persidangan di California, Amerika Syarikat. 

Memperoleh kutipan sebanyak AS$800 juta (RM2.45 bilion), filem itu mengisahkan mengenai ketibaan hari kiamat disebabkan oleh partikel misteri sehingga mengakibatkan bencana besar melanda tempat pelancongan utama dunia. 

Wakil Nasa, Donald Yeomans berkata, filem itu adalah ’contoh luar biasa kejahilan’ industri filem Hollywood mengenai sains. 

"Kami menerima banyak soalan sama ada dunia akan berakhir pada 2012 sehingga kami terpaksa membuka laman sesawang khas bagi menjawab isu itu, sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini," katanya. 





Filem The Day After Tomorrow, The Sixth Day, Chain Reaction, The Core dan filem terkenal, Armageddon turut dipilih sebagai filem yang mempunyai kesalahan besar dari segi fakta sains. 

Nasa memuji ketepatan fakta sains yang ditonjolkan dalam filem Jurassic Park, Blade Runner dan Metropolis.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat