Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Manakah Pilihan Ali Rustam?

Monday, 20 December 2010

Proton Inspira

Nissan Teana V6

Honda Accord

Kerajaan Melaka mempertimbangkan untuk membeli kereta baru bagi kegunaan exco-exco kerajaan. Sebelum ini kereta yang digunakan adalah Proton Perdana Executive V6. Dengan pelbagai alasan yang kononnya kos selenggara sebuah kereta Proton Perdana Executive V6 adalah berjumlah RM300,000 melebihi kos harga pembelian sebuah kereta tersebut.

Ali Rustam telah membuat dua pilihan kereta untuk dijadikan sebagai sebagai kereta kegunaan rasmi iaitu Nissan Teana V6 dan Honda Accord. Mana perginya semangat patriotik yang dilaung-laungkan UMNO supaya hak melayu dipertahankan? Apakah nasib proton tidak terbela? Tidak patriotiklah UMNO kalau macam ini.

Mengapa tidak diambil kereta keluaran proton? Itu kereta kebanggaan rakyat Malaysia. Proton juga ada mengeluarkan model baru iaitu Proton Inspira. Namun kereta import lebih diutamakan. Mana slogan patriotik UMNO yang selama ini menyeru rakyat membeli barangan buatan Malaysia.?

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat