Mana Perginya Duit Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)?

Harga tiket tempat duduk terbuka RM12 dan ada yang mendakwa sehingga harga tiket perlawanan bola sepak antara pasukan Kelantan menentang pasukan lawan dalam Liga Super hingga ke Piala Malaysia mencecah RM40 dengan sehelai t-shirt yang tertulis The Red Warriors.

Lebih parah lagi kutipan tiket yang dibuat kafa tidak dibentang dalam mesyuarat tersebut sehingga menimbulkan keraguan kepada pemain dan anggota jawatankuasa kafa itu sendiri. bukan itu sahaja, kafa tidak adil dalam pengagihan bonus Piala Malaysia.

Kafa yang diterajui oleh Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berjaya mencipta nama apabila menjulang piala berprestij iaitu Piala Malaysia dengan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada 30 Oktober yang lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketika berkempen di N.45 Galas pada November lalu, Piala Malaysia di arak untuk kempen Barisan Nasional oleh Annuar di Gua Musang. Malah Piala Malaysia itu di bawa ke tempat program UMNO di beberapa jajahan di Kelantan oleh pengurusan kafa.

Selain membawa Piala Malaysia ke sana ke mari, Annuar selaku Pengerusi Lembaga Pertanian Kemubu (KADA) turut menggunakan kenderaan agensi tersebut (KADA) untuk mengangkut pemain bola Kelantan.

Sehingga hari ini, kafa belum menghantar surat jawapan berkaitan insentif dari kerajaan Kelantan untuk pemain bola sepak berjumlah RM200,000 ekoran kemenangan pasukan Kelantan menjulang Piala Malaysia pada tahun kegemilangan bola sepak Kelantan 2010.

Kerajaan negeri telah mengumumkan insentif RM200,000 untuk diagihkan kepada pemain yang berjaya membawa pulang piala tersebut. Sehingga ke hari ini tiada maklum balas dari kafa berkaitan dengan insentif yang akan diagihkan kepada pemain.

Kerajaan negeri (Kelantan) telah memberi peluang kepada mereka (kafa) menentukan tarikh yang sesuai dan senarai pemain yang akan hadir menerima insentif tersebut di Kota Darul Naim. Malangnya kafa hanya berdiam diri tanpa menghantar sebarang jawapan bagi membolehkan pemain menerima sagu hati dari kerajaan negeri.

Ramadhan yang lalu kerajaan negeri (Kelantan) telah membelanjakan sebanyak RM237,000 membawa seramai 36 orang pemain dan pengurusan kafa menunaikan umrah. Malah pada musim yang lalu kerajaan negeri turut menghapuskan hutang kafa berjumlah RM700,000 daripada cukai hiburan yang dikenakan.

Tahun ini juga (2010), kerajaan negeri (Kelantan) melupuskan cukai hiburan yang sepatutnya dibayar oleh kafa kepada Stadium Sultan Muhammad-4 berjumlah RM378,341. Bagaimanapun kesungguhan kerajaan negeri dipandang negatif oleh pihak tertentu.

Peminat The Red Warriors menjangkakan pasukan kali ini akan mengalami sedikit kesukaran ekorn penghijrahan pemain lama ke negeri baru mereka dan tidak memberi jaminan bahawa The Red Warriors akan dapat mempertahankan piala seperti musim ini akibat kemelut yang melanda pemain dan kafa sekarang.

Ramai yang merungut mana perginya duit kantung kafa yang tidak diagihkan kepada pemain. Sebelum ini Annuar ada buat tabung khas pemain tetapi ke mana perginya tabung tersebut? Adakah akan terjadi seperti Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang mana Annuar telah lesapkan duit tersebut berjumlah RM44 juta lebih.

Comments