Kepala Putus Kemalangan Ngeri

REMUK...kereta yang terbabit kemalangan, semalam.
REMUK...kereta yang terbabit kemalangan, semalam.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa.
“Saya sebak melihat keadaan mayat mangsa yang kepala terbelah dan putus terhimpit dalam kereta yang remuk teruk,” kata seorang kontraktor yang juga saksi terawal kemalangan maut mengorbankan lima sekeluarga di Kilometer 19.6 Jalan Pantai, Pasir Panjang, dekat sini, semalam.

Hardi Jamu, 37, berkata dia melihat lima mangsa yang berada dalam kereta berkenaan tidak bergerak dan percaya mereka sudah meninggal dunia akibat parah.


“Saya berkejar mendapatkan beberapa lagi mangsa dalam kenderaan lain untuk memberi bantuan selain cuba menahan kenderaan yang lalu lalang bagi mengelak mereka terbabit kemalangan ngeri itu.

“Keadaan kelam-kabut dan orang ramai yang berada di kawasan sekitar serta pengguna jalan raya lain datang memberikan bantuan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sumber

Comments