Indonesia Guna Coli Laser?

Jupe Guna Coli Laser

Penyokong pasukan bola sepak Indonesia beli laser untuk balas dendam dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 antara Malaysia dengan Indonesia malam nanti.

Selain itu sotong kurita di akuarium Ancol, Jakarta, ramal pasukan bola sepak Indonesia menang Piala AFF

Sumber berita lain juga mengecam tindakan Indonesia berkaitan laser pada perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki. Berikut dari sumber Agensi

Front Pembela Islam (FPI) mengambil keputusan tidak akan menyokong pasukan bola sepak Indonesia jika Julia Perez memakai coli laser di Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF menentang Malaysia hari ini.

“Tidak boleh. Itu membabitkan Undang-Undang Pornografi. Kalau dia terus dengan hasratnya untuk memakai coli laser, kami tidak akan menyokong pasukan Indonesia,” kata Ketua FPI Jakarta, Habib Salim Alatas.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rancangan Julia Perez atau Jupe, penyanyi dangdut dan juga pelakon filem seram Indonesia untuk memakai coli laser bagi ‘membutakan mata pemain Malaysia.’

FPI menganggap Jupe sebagai pelaku maksiat kerana mahu memakai coli laser.

“Tujuannya tidak baik. Sedangkan kita berdoa untuk kemenangan Indonesia, dia pula mahu lakukan maksiat,” kata Habib.

Comments