Bukan Setakat RON 97 Naik Harga, RON 95 dan Diesel Pun Ikut Jejak

Nampak gayanya, Pilihan Raya Umum ke 13 sudah hampir menjelma. UMNO/BN sekarang ini cuba memenuhkan kantung pilihan raya mereka dengan menaikkan barangan keperluan pengguna semata-mata untuk menghidupkan parti mereka yang kian nazak.

Pada malam ini akan dijangkakan pengumuman kenaikkan harga bahan bakar dan beberapa keperluan yang lain. Sebelum ini bahan bakar RON 97 telah dinaikkan tanpa pengetahuan rakyat dari harga RM2.13/liter kepada RM2.30/liter pada masa sekarang. Baru dua hari dinaikkan harga RON 97, beberpa barangan lain akan turut mengikuti jejak RON 97.

Berikut adalah barangan yang akan dinaikkan dan akan diumumkan jam 8 malam ini. Antaranya ialah RON 95 yang sebelum ini RM1.85/liter akan dinaikkan sebanyak 5 sen kepada RM1.90/liter. Diesel juga tidak terlepas dari kenaikkan harga bahan bakar iaitu dari RM1.75/liter kepada RM1.80/liter juga naik 5 sen.

Harga keperluan makanan seperti gula naik sebanyak 20 sen dari RM1.90/kg kepada RM2.10/kg dan juga gas LPG naik sebanyak 5 sen dari RM1.85/kg kepada RM1.90/kg. Kenaikkan ini sedikit sebanyak menjejaskan para peniaga serta meningkatkan kos hidup disamping kadar inflasi dijangkan meningkat. 

Comments