Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Ali Rustam Bukan Ketua Menteri Akan Datang?

Saturday, 11 December 2010

Seperti yang pernah kita dengar dan lihat dalam skrip filem Alif Min Nun Wau, kesungguhan seseorang Ketua Menteri atau Menteri Besar sebelum tamat penggal pemerintahannya maka pelbagai kebaikan yang cuba ditonjolkan untuk meraih sokongan rakyat sedangkan pada masa yang sama telah berlaku penindasan secara senyap.

Terbaru kerajaan Melaka cuba menonjolkan imej Melaka Majunya dan pada kali ini cuba mereka bentuk bandar filem pertama yang dikenali Laman Seni Film City yang bertempat di Ayer Keroh dengan menelan kos sehingga RM300 juta dan kemungkinan lebih.

Kos itu hanya untuk menipu rakyat kerana projek asalnya telah dikaut keuntungannya oleh pemimpin utama UMNO/BN. Projek ini boleh dikatakan projek ala kadar sahaja memandangkan tempoh untuk Ketua Menteri meninggalkan jawatan utama ini semakin dekat maka pelbagai hasil cuba dikaut oleh mereka.

Cuba kita imbas kembali perbezaan antara Dr Mahathir dengan Abdullah Badawi. Kedua-dua ini mempunyai perwatakan yang berbeza namun strategi makan duit mereka ada cara tersendiri. Mereka ini sebelum tamat tempoh perkhidmatan mereka, segala harta kekayaan milik rakyat telah dikaut begitu banyak sekali.

Dr Mahathir pada zaman pemerintahannya selama 22 tahun dari tahun 1981 sehingga 2003, beliau telah mengumpul keuntungan kekayaan dari rakyat berjumlah RM100 juta. Walaupun kita nampak Pak Lah itu perlahan dan tiada pembangunan pada zaman pemerintahannya pada 2003 sehingga 2009 namun beliau mengaut keutungan dari rakyat sebanyak RM270 juta dalam masa kurang dari 7 tahun.

Adakah Ali Rustam akan mengikuti jejak langkah dari pemimpin terdahulu mereka sebelum beliau tamat penggal pemerintahannya? Kembali kita kepada pembikinan bandar filem tadi. Bandar filem ini di bina di Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya membabitkan tanah seluas 22 hektar. 

Keadaan bas yang uzur

Lebih baik tanah berkenaan digunakan untuk keperluan rakyat daripada membina bandar filem yang tidak berfaedah ini. Jika terbukti Maju, mengapa kenderaan awam seperti bas masih lagi ditakuk yang lama. Keadaan bas pun sudah uzur tetapi manusia yang manakah mengatakan Melaka Maju 2010?

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat