Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

UMNO Bagi Beras Untuk Penuhkan Tempat Ceramah

Sunday, 7 November 2010

Sebelum ini UMNO kecoh pasal isu Tok Guru bagi duit zakat kepada mualaf. Boleh disimpulkan UMNO sebenarnya jahil dalam agama dan tidak dapat membezakan rasuah dan zakat. Tahukah UMNO bahawa mualaf adalah termasuk dalam golongan yang berhak menerima zakat?

Boleh dikatakan UMNO itu jahil dan dungu bab-bab agama. Sebab itu mereka paling takut bila isu berkaitan agama terutama berkaitan hukum Islam. UMNO bukan sebuah parti yang memperjuangkan agama tetapi merosakkan agama terutama terjadi kepada golongan belia dan remaja.

Akhlak golongan muda dan belia sekarang lebih rosak di bawah kepimpinan UMNO kerana perjuangan UMNO tidak berlandaskan apa-apa kitab dan rujukan. Mereka meneruskan legasi penjajah Inggeris yang hanya berlandaskan ajaran sekularisme.

Tadi baru sahaja selesai ceramah yang mana hari ini ceramah anjuran PAS seperti biasa lebih ramai dari UMNO. UMNO hari ini menggunakan taktik memberaskan rakyat supaya ceramah mereka ramai. Mereka memaksa agar makcik-makcik kampung tunggu sehingga habis ceramah baru dapat sekampit beras.

Begitu murah dan tidak mendapat sambutan UMNO sehinggakan terpaksa memberi beras kepada makcik-makcik yang datang. Sebelum ini juga UMNO memberi beras kepada makcik-makcik tetapi memberi beras sebelum ceramah. Tetapi makcik-makcik ini lebih bijak dari pemimpin UMNO kerana tidak tunggu lama sebelum ceramah habis, mereka sudah balik.

Kali ini UMNO tidak memberi beras terlalu awal sebaliknya sehingga habis ceramah. Namun makcik-makcik itu sanggup tunggu habis ceramah. Makcik-makcik itu sebenarnya mahu beras bukannya mahu mendengar ceramah Ali Rustam yang asyik merapu.

Lokasi ceramah tersebut adalah di Bukit Pulau. Minta SPRM siasat kes-kes macam ini. Jangan hanya cuba memekakkan telinga dan membutakan mata dengan apa yang cuba dilakukan oleh BAPA RASUAH UMNO 1Malaysia

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat