Tahniah! Naikkan Harga RON 97

azlan

Terima kasih diucapkan kepada kerajaan yang menaikkan harga minyak RON 97. Kerajaan yang ada sekarang prihatin kepada rakyat serta memahami masalah rakyat. Pemimpin yang berjiwa rakyat tapi berhati syaitan.

Harga RON 97 dijangka akan dinaikkan menjelang tengah malam ini dari harga asal RM2.15/liter naik 15 sen kepada RM2.30/liter. Kenaikan sebanyak 3 kali dalam masa setahun ini merupakan hadiah sebelum tahun baru 2011.

Kenaikkan bagi tahun 2010 adalah pada 15 Julai 2010 diikuti pada bulan November iaitu 2 November 2010 dan terkini pada 1 Disember 2010. Kenaikkan yang harus dipuji oleh setiap rakyat Malaysia yang menyokong konsep 1Malaysia.

Slogan yang sesuai "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" menepati aspirasi kerajaan tetapi telah menjadi biawak hidup kepada rakyat. Slogan kencing ini sesuai untuk barua-barua dan balaci-balaci seperti kroni mereka sahaja.

Comments