Musim Pemimpin UMNO/BN Masuk Hospital

Sebelum ini, Presiden UMNO telah dikejarkan ke hospital selepas disyaki cacar. Namun Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri masih lagi mendapat rawatan susulan walaupun ada yang mengatakan Perdana Menteri telah sihat.

Kali ini tiba giliran Ketua Pembangkang (UMNO jangan ingat mereka sahaja yang memerintah, negeri Pakatan Rakyat merekalah pembangkang. Akhir-akhir ini UMNO banyak menyalahkan pembangkang yang kononnya PR sahaja pembangkang tetapi tidak sedar mereka juga pembangkang di Selangor, Kedah, Kelantan dan P.Pinang), Khir Toyo telah dimasukkan ke hospital setelah disahkan mendapat denggi.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu dimasukkan ke hospital tersebut kira-kira pukul 10 pagi selepas mengadu demam, sakit kepala dan badan menggeletar.

Comments