Seorang pekerja yang sedang mengendalikan jentera pengorek pasir hilang bersama sejumlah peralatan selepas sebahagian daripada kawasan tebus guna projek mega Lido Boulevard berhadapan Zoo Johor di sini tiba-tiba tenggelam malam kelmarin.
Selain Mohd. Nor Miskan, 36, turut hilang ialah tiga jentera pengorek termasuk yang sedang dikendalikannya, dua buah kontena serta dua mesin penjana kuasa.
Dalam kejadian kira-kira 9.40 malam itu, Mohd. Nor sedang menjalankan kerja menambak laut kira-kira 100 meter dari pantai sebelum sebahagian daripada kawasan projek yang berpasir di situ tenggelam.
Setakat pukul 7 malam tadi, mayatnya belum ditemui.
Kakak mangsa, Hani Masra, 40, berkata, mereka dimaklumkan mengenai insiden itu oleh rakan mangsa tidak lama selepas kejadian.
Comments