Konsep 1Malaysia Punca Aidiladha Lewat Dua Hari?

Walaupun sudah beberapa hari Aidil Adha berlalu, namun masih timbul tanda tanya mengapa Malaysia menyambut Hari Raya Korban lewat dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri seharusnya menjelaskan kepada rakyat Malaysia mengapa ia berlaku demikian.

Mungkin kerana Malaysia mahu merayakan bersendirian sempena menyahut konsep 1Malaysia, maka inilah jadinya. Hari raya lewat dua hari. 1Aidil Adha 1Malaysia. Pelik dan ajaib.

Usul ini telah dibawa oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub tetapi telah ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan sri Pendekar Amin Mulia kerana isu itu telah dibincangkan sebelum ini. Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandi bagaimanapun tidak menerima permohonan itu kerana usul berkenaan telah ditolak dalam kamar.

Setelah saya (Salahuddin) masukkan usul ini dan disiarkan media barulah Jakim memberikan penjelasan tentang hari tasyrik dan beri penjelasan kenapa hari raya Aidil Adha berselisih dua hari dengan tarikh wukuf di Arafah.

Saya berasa sepatutnya apabila pihak kerajaan mendapat tahu bila hari wukuf di Arafah, JPM dan Jakim mesti memberikan penjelasan kepada rakyat di negara ini paling lewat pun pada 14 November.

18 November lalu, Salahuddin mengemukakan usul berkenaan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dalam usul tersebut, beliau mendakwa sambutan Aidil Adha pada Rabu lalu "sangat pelik, menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam di negara ini".

Comments