Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Dua Korea Bertempur

Wednesday, 24 November 2010

Tentera Korea Utara melepaskan berpuluh-puluh bedilan peluru meriam ke atas sebuah pulau milik Korea Selatan, semalam menyebabkan dua orang terkorban, puluhan kediaman terbakar dan mencetuskan insiden berbalas tembakan dengan tentera Korea Selatan.

Insiden itu adalah paling serius berlaku di sempadan kedua-dua negara sejak perang saudara 1950-53. Sementara itu, tentera Korea Selatan membalas tembakan meriam sambil kerajaannya bersidang di kubu bawah tanah dan jet pejuang tentera udara berlegar-legar menanti arahan. Bagaimanapun, media rasmi Korea Utara mendakwa Korea Selatan yang memulakan tembakan.


Insiden itu berlaku selepas Korea Utara mendedahkan operasi loji pengayaan uranium terbarunya yang mampu menghasilkan bom nuklear hingga mencetuskan kebimbangan Amerika Syarikat dan sekutunya. Ia juga berlaku ketika Kim Jong-Il bersedia untuk menyerahkan tampuk pemerintahan kepada anaknya, Kim Jong-Un. Keadaan itu menyemarakkan spekulasi tentang hasrat rejim tentera negara terbabit dan program nuklearnya. Rumah Putih berkata, ia mengecam keras serangan yang dilakukan ke atas Pulau Yeonpyeong di sempadan Korea Selatan itu dan akan menyokong tindakan pertahanan diambil Seoul. Kira-kira 50 peluru membedil Pulau Yeonpyeong yang terletak berhampiran sempadan Laut Kuning hingga menyebabkan puluhan kediaman musnah dan kepulan asap tebal memenuhi ruang udara, lapor siaran televisyen YTN.


Dua anggota marin Korea Selatan yang betugas mengawal sempadan perairan terbunuh, kata sumber ketenteraan. Kira-kira lima lagi anggota parah, 10 anggota mengalami cedera ringan dan tiga orang awam turut cedera ekoran tembakan bertubu-tubi pasukan meriam Korea Utara. 

Sumber: AFP

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat