Dipenjara Kerana Biarkan Isteri Mati Dimakan Ulat

Seorang lelaki dari Ohio, Amerika Syarikat mengaku bersalah membiarkan isterinya yang sakit dimakan ulat hidup-hidup dalam satu sidang perbicaraan di sini. Lelaki itu dituduh membunuh dan gagal memberi penjagaan terbaik kepada mangsa.

Akhbar The Cincinnati Enquirer melaporkan, Darrel White, 65, mengetepikan haknya untuk dibicarakan. Dia memberitahu hakim dia sudah memberi penjagaan terbaik kepada isterinya yang terlantar sakit menghidap artritis. Pihak berkuasa mendakwa White membiarkan isterinya menemui ajal kerana tidak menjaga atau membawanya berjumpa doktor. Polis berkata, mereka menemui tubuh isterinya yang mereput dimakan ulat di kediaman pasangan itu pada 23 Julai lalu. Pakar bedah siasat berkata, wanita terbabit sudah mati sehari sebelum itu akibat jangkitan darah.


White menghadapi hukuman penjara enam setengah tahun. Hukuman bermula 15 Disember depan. 

Sumber: AP

Comments