Bapa Ayam 'Ghaib' Lacur Wanita

PELACUR warga China sememangnya gemar menjalankan aktiviti persundalan dengan menggoda lelaki tempatan. - Gambar hiasan


Taktik bapa ayam memperdagangkan wanita untuk aktiviti persundalan dengan berselindung di sebalik khidmat urut dilihat semakin menjadi-jadi dengan yang terbaru mereka meletakkan nombor telefon di dinding tandas stesen minyak.
Nombor telefon tersebut diletakkan di tempat strategik iaitu di atas tempat pengguna lelaki membuang air kecil. Nombor itu diletakkan sama paras dengan kepala lelaki dewasa.
Taktik tersebut dilihat seakan membantu perniagaan bapa ayam tersebut walaupun pelanggan yang menghubungi nombor berkenaan pada mulanya merasa tertipu kerana mereka bukan menyediakan khidmat tukang urut tetapi pelacur.

Comments