Baling Bantal Dalam Pesawat

GAMBAR menunjukkan beberapa penumpang membaling bantal dalam pesawat syarikat Continental pada ketinggian 10,972 meter.

Berpuluh-puluh penumpang membaling bantal dalam sebuah pesawat komersial dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Phoenix ke Lapangan Terbang Paine Field, Washington pada Jumaat lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan itu yang merupakan anggota-anggota forum penerbangan mengambil bahagian dalam penjelajahan ke enam buah bandar menerusi syarikat penerbangan Continental, United dan U.S Air.
Mereka diundang oleh bos-bos penerbangan itu untuk memberi komen mengenai layanan dan perkhidmatan syarikat itu.
Seorang penumpang dalam laman sebuah laman web menyatakan membaling bantal menjadi lebih seronok pada ketinggian 10,972 meter.
Sebelum ini, beberapa penumpang mambaling bantal dalam pesawat Lufthansa dari Jerman pada Ogos lalu. 
Sumber:  Agensi

Comments