Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Terselamat Selepas Kereta Sport Melambung

Friday, 29 October 2010



KERETA sport Lamborghini Gallardo.


Seorang pelumba, Richard Holt, 40, tidak mengalami sebarang kecederaan semasa kereta sport Lamborghini Gallardo bernilai AS$238,871 (RM742,963) yang dipandunya di trek Texas Mile di Amerika Syarikat melayang dan berpusing beberapa kali selepas dirempuh angin lintang pada Sabtu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Pada mulanya, dia memandu selaju 378 kilometer sejam sebelum membrek dan kereta itu mengeluarkan payung terjun untuk memperlahankan kelajuan.
Namun, angin lintang yang kuat menyebabkan kereta itu tidak stabil menyebabkan ia terbabas dan melayang sebelum berpusing beberapa kali dan terhempas.
Anggota-anggota penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan mereka mendapati Holt cuma terperangkap di dalam kereta itu dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan. 
Sumber: Agensi

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat