'Pasangan Polis' Kebas Duit Pelancong

Dua pelancong asing warga New Zealand berusia awal 30-an berputih mata apabila hampir RM10,000 wang milik mereka dilarikan sepasang kekasih yang menyamar sebagai pegawai polis, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang di Jalan Tong Shin, di sini, kedua-dua mangsa yang berjalan di kawasan berkenaan selepas membeli- belah dihampiri sebuah kereta.


Menurut sumber, seorang lelaki dan wanita berusia awal 20-an dipercayai pasangan kekasih turun dari kenderaan berkenaan sebelum mendakwa mereka pegawai polis.



“Kedua-dua suspek mengarahkan mangsa menyerahkan pasport untuk pemeriksaan kerana kononnya kelibat mereka mencurigakan,” katanya.



Sumber berkata, belumpun sempat mangsa mengeluarkan pasport masing-masing dari dalam dompet, lelaki terbabit terus k merampas kedua-duanya dompet mangsa.


“Seorang daripada suspek mengarahkan mangsa menanti seketika kononnya untuk melakukan pemeriksaan ke atas dompet mangsa sebelum suspek masuk semula ke dalam kereta dan terus memecut laju,” katanya.



umber berkata, mangsa hanya mampu memerhatikan dompet yang mengandungi sejumlah wang itu dilarikan.


Sehubungan itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini.

Comments