Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Maut Langgar Babi Hutan

Sunday, 3 October 2010

LAKARAN kemalangan yang meragut nyawa dua beranak selepas terbabit dalam kemalangan dengan seekor babi hutan di Kampung Jambu Bongkok, Merchang, Marang, Terengganu semalam.


Seorang ibu bersama anak tunggalnya terbunuh apabila kenderaan yang dinaiki terbabas selepas dirempuh seekor babi hutan dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi di Kilometer 54, Jalan Kuantan-Kuala Terengganu berhampiran Kampung Jambu Bongkok, Merchang dekat sini.
Dalam kejadian itu, Nor Aslina Izan, 25, gagal mengawal kereta Perodua Kancil yang dipandu selepas terperanjat dengan haiwan berkenaan yang tiba-tiba melintas jalan dan merempuh keretanya.
Nor Aslina


Berikutan kejadian itu, kereta mangsa terbabas ke kiri jalan dan melanggar pokok menyebabkan mangsa terbunuh di tempat kejadian manakala anak tunggalnya, Nur Ain Nabila Zulkifli, 6, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat